Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku 2019

20 April 2019 | Sabtu
9.30 pagi - 1.00 petang | Kem Dan Pusat Latihan(Keda Resort) Bendang Man Sik, Kedah

Tujuan:
 Meningkatkan semangat bekerja secara berkumpulan kepada para peserta.
 Meningkatkan semangat jati diri.
 Memberi pendedahan berkenaan program Klik Dengan Bijak.
 Memberi pendedahan berkenaan penggunaan internet secara berhemah.
 Meningkatkan semangat kesukanan dan kecergasan diri.

Kelebihan:
1. Membantu para pelajar lebih peka terhadap kemudahan internet dan memanfaatkan nya.
2. Mendedahkan kepada para pelajar penggunaan media massa secara berhemah.
3. Memupuk semangat bekerjasama.
4. Meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan penggunaan internet.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Aktiviti Berkaitan:
1. Taklimat klik dengan bijak.
2. Treasure hunt.
3. Penyampaian hadiah.

Perlaksanaan Aktiviti:
Ia merupakan program kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia Bersama SKMM. Para peserta adalah terdiri daripada wakil sekolah untuk setiap daerah dari Negeri Pulau Pinang seramai 86 orang pelajar. Jumalah sekolah yang terlibat adalah sebanyak 32 buah sekolah.

Mereka merupakan ahli daripada Kelab Malaysiaku. Permulaan aktiviti bersama para peserta Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku 2019 adalah dengan taklimat Klik Dengan Bijak selama satu jam. Seterusnya diteruskan dengan aktiviti treasure hunt sebanyak lima check point. Dimana setiap check point menguji semangat bekerja dalam kumpulan dan bekerjasama serta melatih nilai kepimpinan yang tinggi.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama