Kelas ICT Dengan Kerjasama Asrama SMK Gulau

5, 6, 12, 13, 20, 26 & 27 April 2019 | Jumaat - Sabtu
9.30 pagi - 5.30 petang | Pusat Internet Belantik, Kedah

Tujuan:
 Meningkatkan bilangan ahli dan penggunaan ahli di Pusat Internet.
 Menerangkan cara penggunaan internet secara berhemah kepada pelajar.
 Meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang Microsoft Office.
 Memperkenalkan kelas Photoshop kepada para pelajar.
 Membantu para pelajar menghasilkan “resume” yang baik.
 Membantu para pelajar menguasai penggunaan media alaf baru.
 Mengeratkan hubungan baik bersama pihak sekolah dan asrama dengan pusat Internet Belantik.
 Memberi peluang untuk staff Pusat Internet Belantik mengenali ibu bapa dan ahli Pusat Internet Belantik.

Kelebihan:
1. Merupakan kelas pembelajaran ICT dengan kerjasama daripada Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau julung kali nya.
2. Mengajar para pelajar menguasai penggunaan Microsoft Offices dengan jaya nya.
3. Membantu para pelajar mempelajari asas penggunaan Adobe Photoshop.
4. Membantu komuniti lebih peka terhadap kemudahan ICT dan memanfaatkan nya.

Penglibatan:
Para pelajar.

Aktiviti Berkaitan:
1. Pembelajaran Microsoft Word.
2. Pembelajaran Microsoft PowerPoint.
3. Pembelajaran Microsoft Excel.
4. Jamuan makan ringan.

Perlaksanaan Aktiviti:
Penganjuran kelas pembelajaran ICT adalah secara berkala di Pusat Internet Belantik. Ia adalah projek usaha sama di antara Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau dan Pusat Internet Belantik. Dimana melalui kerjasama ini, para pelajar akan menghadiri kelas setiap hujung minggu secara berkelompok.

Melalui ini juga, ia dapat meningkatkan lagi bilangan ahli Pusat Internet Belantik dan membina hubungan baik bersama pihak sekolah. Ia adalah sejajar dengan visi dan misi penubuhan organisasi bagi menyediakan kelas ICT secara percuma kepada komuniti setempat dan mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet, pihak sekolah, ibu bapa, ahli Pusat Internet bersama komuniti setempat.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama