Majlis Bacaan Yasin Dan Mesyuarat Bersama Komuniti

16 Februari 2019 | Sabtu
2.30 petang - 6.00 petang | Pusat Internet Belantik, Kedah

Tujuan:
 Mengeratkan hubungan baik sesama ahli dalam komuniti termasuk ibu bapa dan organisasi setempat.
 Menjalin hubungan baik bersama ahli jawatankuasa Pusat Internet Belantik.
 Menyemai semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti, ibu bapa dan ahli Pusat Internet Belantik.
 Memberi peluang untuk staff Pusat Internet Belantik mengenali ibu bapa dan ahli Pusat Internet Belantik.

Kelebihan:
1. Merupakan aktiviti tahunan bersama komuniti dan ahli jawatankuasa bagi mengeratkan hubungan bersama penduduk setempat.
2. Memperkukuhkan lagi pengetahuan masyarakat setempat akan keewujudan Pusat Internet serta fungsi sebagai Pusat Informasi maklumat.
3. Membantu komuniti lebih peka terhadap kemudahan ICT dan memanfaatkan nya.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan Aktiviti:
Majlis Bacaan Yasin dan Mesyuarat Bersama Komuniti sempena menyambut tahun baru 2019. Ia juga adalah majlis mesyuarat bagi melakukan pelantikan baru ahli jawatankuasa pusat Internet Belantik pada tahun 2019. Selain itu, majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet , ibu bapa , ahli Pusat Internet bersama komuniti setempat di samping memupuk semangat kesukarelawan bagi mencapai visi dan misi penubuhan organisasi dengan jayanya.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama