KELAS MICROBIT

Aktiviti terkini | 1-2,8-9,15-16,22-23,29-30 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Belantik

Tujuan :
• Kelas microbit di Pusat Internet Belantik adalah merupakan satu kelas berdasarkan subjek bagi mata pelajaran Rekan Bentuk dan Teknologi bagi pelajar sekolah rendah.
• Kelas microbit ini adalah berdasarkan silibus pembelajaran pelajar di sekolah. Ia merupakan satu kelas yang baru sahaja diperkenalkan di Pusat internet dimana para pelajar dapat merasai pengalaman menghasilkan projek melalui laman web microbit dan mengrealisasikan di set micobit yang disediakan khas kepada semua pelajar.
• Kelas ini mengandungi 10 topik yang harus di pelajari oleh semua pelajar dan para pelajar akan menjawab setiap kuiz selepas tamat pembelajaran dan akan diberikan sijil. Semua ini adalah percuma kepada para pelajar.
• Dengan adanya kelas baharu seperti ini, para pelajar dapat menerokai zaman moden dengan lebih mudah dan lebih cakna akan teknologi masa hadapan.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran 'Reka Bentuk Dan Teknologi'.
• Mencungkil bakat serta kreativiti para pelajar dalam menghasilkan setiap projek.
• Memupuk kesedaran akan pentingnya teknologi pada masa hadapan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :