Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Program Bersama Komuniti Jom Sihat

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Program TTT kerjasama antara PI Kluster Sik dan agensi-agensi Kesihatan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai cara pemakanan sihat, penyakit berjangkit dan cara menggosok gigi yang betul... baca selanjutnya

Program E-Rezeki Fasa 3

Aktiviti Terkini | 25 November 2018

Program TTT kerjasama antara MDEC dan MCMC bagi melatih petugas-petugas PI untuk memberi latihan erezeki kepada komuniti sekitar PI... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Belantik

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara Pusat Internet Belantik dengan komuniti sekitar... baca selanjutnya

Hari Bersama Komuniti PI Pekan Sik

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak, Portal Sebenarnya.My dan kempen e-waste... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi Merdeka

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak dan kempen e-waste... baca selanjutnya

KDB di Program Gerak Kerja Rakan Taman

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak dan kempen e-waste... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti dan juga Pusat Internet... baca selanjutnya

Program Bantuan Mangsa Banjir Bersama PI Utara - Digi

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Menghias Kad Raya Aidilfitri

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pengunjung cilik PI menggunakan daya kreativiti mereka untuk menghias kad raya sempena menyambut Hari Raya Aidilifitri yang bakal tiba... baca selanjutnya

KDB di Karnival Mesra Rakyat Muafakat Sik

Aktiviti Terkini | 16 April 2018

Bertujuan untuk membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab... baca selanjutnya

KDB di Karnival Jualan Produk Muslim

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2018

Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti sekitar dan memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti dan kesedaran kempen E-Waste... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak... baca selanjutnya

Bengkel Kawal Selia Kendiri Dan Keselamatan Siber

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2018

Tujuan penubuhan CMCF adalah untuk mengawal selia dan mempromosikan konsep kawalan kendiri industri berkaitan dengan kandungan yang disampaikan melalui media elektronik seperti televisyen, radio, telefon mudah alih dan Internet... baca selanjutnya

Bengkel Frog VLE

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2018

Untuk membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat untuk mempersiapkan guru-guru dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 yang lebih menarik, mempunyai pengisian dan berkesan di dalam kelas... baca selanjutnya