Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM GO GREEN SAYANGI ALAM SEKITAR

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019

Mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan...baca selanjutnya

LESTARI ICT DAN CAKNA KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2019

Memberi galakan kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat...baca selanjutnya

KDB BERSAMA PELAJAR SEKOLAH 2019

Aktiviti Terkini | 13 & 14 November 2019

Memberi pendidikan berkenaan sentuhan selamat kepada para pelajar...baca selanjutnya

LESTARI ICT DAN CAKNA KESIHATAN

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 20192019

Memberi galakan kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan gaya hidup sihat...baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA @KOMUNITI MASYARAKAT JENIANG 2019

Aktiviti Terkini | 14 September2019

Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2019

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Sambutan kemerdekaan diadakan untuk memupuk semangat patriotik dalam jiwa komuniti sekitar pusat internet belantik agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini...baca selanjutnya

KG. BETONG DURIAN FUN RIDE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh sekretariat Kampung Betong Durian Fun Ride 2019 dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Sik yakni Menarik Di Sik. Acara julung kali diadakan ini berjaya menarik penyertaan hampir 200 orang peserta daripada 20 kelab berbasikal diseluruh negeri Kedah dan turut menyertai kelab berbasikal dari Kuala Lumpur dan Kelab Berbasikal Taman Wilayah Selayang. Peserta merentasi sejauh 22 kilometer laluan berbukit dan 6 kilometer laluan denai desa sambal menikamti keindahan alam dan dusun-dusun durian yang pasti nya amat menenangkan sekali. Sebaik sahaja tamat aktiviti kayuhan, peserta disajikan dengan pelbagai jenis durian dan pulut durian di dalam dusun. Tidak dilepaskan peluang oleh para peserta untuk merasai pengalaman kutip durian yang luruh di dusun dengan sendiri nya. Pasti nya amat sesuai dengan tagline program ini “kayuh santai-santai, durian kita tibai”. Turut disediakan pelbagai jenis hadiah cabutan bertuah sumbangan pengeluar basikal jenama Giant....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2019

Sambutan Aidil Fitri di bulan Syawal merupakan hari bagi kita umat dalam meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan Al- Mubarak. Justeru, kita digalakkan meraikan kehadiran Syawal ini dengan bersederhana dan penuh kemeriahan. Disamping itu juga, dengan kehadiran sambutan Aidilftri kita dapat bermaaf-maafan sesama komuniti dan warga Pusat Internet Belantik. Program ini bertujuan untuk meraikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama sama komuniti sekitar dan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti dan juga Pusat Internet .Selain itu, ia juga merupakan aktiviti yang diperkenalkan bagi mengeratkan lagi hubungan mesra antara staff Pusat Internet , ibu bapa , ahli Pusat Internet bersama komuniti setempat di samping memupuk semangat kesukarelawan bagi mencapai visi dan misi penubuhan organisasi dengan jayanya....baca selanjutnya

Tadarus Al-Quran Digital

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019

Aktiviti dimulakan dengan taklimat kepada para peserta. Selepas sesi taklimat, peserta mula untuk membacakan surah Al-Quran yang terpilih didalam www.surah.my. Di akhir program, para peserta diberikan cenderahati sebagai penghargaan... baca selanjutnya

Kelas ICT Dengan Kerjasama Asrama SMK Gulau

Aktiviti Terkini | 5, 6, 12, 13, 20, 26 & 27 April 2019

Penganjuran kelas pembelajaran ICT adalah secara berkala di Pusat Internet Belantik. Ia adalah projek usaha sama di antara Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau dan Pusat Internet Belantik. Dimana melalui kerjasama ini, para pelajar akan menghadiri kelas setiap hujung minggu secara berkelompok. Melalui ini juga... baca selanjutnya

Kem Aspirasi Kelab Malaysiaku 2019

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Ia merupakan program kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia Bersama SKMM. Para peserta adalah terdiri daripada wakil sekolah untuk setiap daerah dari Negeri Pulau Pinang seramai 86 orang pelajar. Jumalah sekolah yang terlibat adalah... baca selanjutnya

Pemeriksaan Kesihatan I health

Aktiviti Terkini | 14, 21 & 28 April 2019

Ia merupakan program yang dibawakan khas dengan kerjasama Persatuan Usahawan Dan Peniaga Melayu Sik, Majlis Daerah Sik, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sik, Unit Pembangunan Usahawan Kedah Dan Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Sik. Youth Town berlangsung setiap hari Ahad bermula 7 April 2019 di Sik Lestari... baca selanjutnya

Kelas ICT Dengan Kerjasama Asrama SMK Gulau

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2019

Penganjuran kelas pembelajaran ICT adalah secara berkala di Pusat Internet Belantik. Ia adalah projek usaha sama di antara Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau dan Pusat Internet Belantik. Dimana melalui kerjasama ini, para pelajar akan menghadiri kelas setiap hujung... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasin Dan Mesyuarat Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Majlis Bacaan Yasin dan Mesyuarat Bersama Komuniti sempena menyambut tahun baru 2019. Ia juga adalah majlis mesyuarat bagi melakukan pelantikan baru ahli jawatankuasa pusat Internet Belantik pada tahun 2019. Selain itu, majlis ini dapat... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya