Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: CAMPURAN PEMASARAN(SAMBUNGAN)

Aktiviti Terkini | 7 Disember 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai campuran pemasaran secara umum ......baca selanjutnya

KELAS ICT-PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 3-4 Disember 2021

Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang Microsoft Word......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: CAMPURAN PEMASARAN

Aktiviti Terkini | 12 November 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai campuran pemasaran secara umum ......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: PENIPUAN KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2021

Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penipuan kewangan yang acap kali berlaku melibatkan masyarakat di Malaysia......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: JARINGAN PRIHATIN

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Memberi pengetahuan kepada komuniti mengenai program yang dilancarkan oleh kerajaan.....baca selanjutnya

KIBARKAN JALUR GEMILANG

Aktiviti Terkini | 1 Ogos 2021

Memupuk semangat cinta akan negara.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2021

Meningkatkan pengetahuan berkenaan Jarinagn Prihatin.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini | 19 & 20 Jun 2021

Meningkatkan pengetahuan berkenaan klik Dengan Bijak.....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: GANGUAN EMOSI & HAK KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

Meningkatkan pengetahuan berkenaan gangguan emosi....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: GANGGUAN SEKSUAL

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2021

Meningkatkan pengetahuan berkenaan gangguan seksual ditempat kerja....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: APA ITU PEDOFILIA?

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2021

Meningkatkan pengetahuan berkenaan pedofilia....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 2,9,16,23,30 JANUARI 2021

Menerangkan cara penggunaan internet secara berhemah kepada pelajar....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti