Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Menggalakkan para usahawan berniaga melalui platform shopee .......baca selanjutnya

KELAS MICRO-BIT #MYDIGITALMAKER FAIR X MAIREKA KEDAH 2022@NORTHERN REGION

Aktiviti Terkini | 30 Oktober - 6 November 2022

Menjalinkan hubungan erat antara Pedi dan pihak Kedah Digital Centre.......baca selanjutnya

HARI KOMUNITI BELANTIK

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Mengeratkan hubungan baik antara PEDi dan komuniti setempat.......baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Mendedahkan kepada pelajar cara menggunakan microsoft word.......baca selanjutnya

PERTANDINGAN ADIK MEWARNA PEDi BELANTIK

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022

Membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan kanak-kanak.......baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PEDI PEKAN SIK

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Memastikan komuniti setempat tahu kewujudan pedi.......baca selanjutnya

KELAS MEMBACA PEDI BELANTIK

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2022

Memastikan genarasi muda tiada yang buta huruf.......baca selanjutnya

JAMUAN RAYA DEPOT IMIGRESEN BELANTIK

Aktiviti Terkini | 23 Mei 2022

Berkongsi tentang kewujudan Pedi.......baca selanjutnya

KELAS ICT -BLOG

Aktiviti Terkini | 2 April 2022

Berkongsi kepada pelajar tentang pengenalan blog.......baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: PERKONGSIAN TENTANG BAHAYA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Aktiviti Terkini | 14 Mac 2022

Berkongsi kepada orang awam tentang ciri-ciri gangguan seksual di tempat kerja.......baca selanjutnya

KELAS ICT- KELAS MICROSOFT OFFICE

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2022

Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang Microsoft Office......baca selanjutnya

KELAS ICT- KELAS MICROBIT

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2022

Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penagturcaraan Microbit......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti