INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Penduduk Sik mempunyai penduduk seramai 76,300 orang dengan kepadatan seperti berikut:

Melayu69,250.00 orang(93.1%) Cina1,115 orang(1.5%) India61 orang(0.1%) Lain-Lain5,874 orang(5.3%)

- Kampung Belantik Luar di bawah Parlimen Sik yang disandang oleh YB Dr.Mansor Bin Abdul Rahman dan Dewan Undangan Negeri Belantek (N23), wakil rakyat YB Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah.

Peta Daerah Sik

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Empangan Tasik Beris

Sri Lovely (Padi Organik)

Empangan Muda

Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan Air Tawar

Ladang Ternakan Rusa (MADA)

MUDA Resort

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Pos Mini Gulau
Masjid Al- Wusta
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara(PERHILITAN)
Kem Tentera Gubir
Felcra Berhad
Depoh Tahanan Imigresen
Klinik Desa Kota Aur
Pondok Polis Gulau
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Tadika Kemas Kampung Belantik
Sekolah Rendah Kebangsaan Ampang Muda
Sekolah Menengah Kebangsaan Gulau
Kisah Kejayaan

Muhammad Hafiz Bin Amran
Celik IT

Umur:
20 tahun

FB:
Kukichi artwork

Instgram:
Admiral_kukichi

Keahlian PEDi:
5/5/2017

Bentuk Celik It:
Kemahiran melukis potret/manga/komik menggunakan perisian

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Sebelum terbinanya PEDi Belantik, saya seorang pelajar yang kekurangan ilmu ICT dan tidak tahu menahu tentang dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Saya mempunyai bakat sebagai seorang pelukis, sebelum penglibatan PIK, saya hanya melukis menggunakan pensel dan pen (traditional tool). Saya selalu mencari cara untuk mempertingkatkan bakat yang saya ada ini demi mencapai cita-cita yang diimpikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah saya mengetahui kewujudan PEDi, saya mula menggiatkan diri Dalam aktiviti ICT seperti melayari Youtube demi mencari cara melukis yang baru dan cara inking setiap lukisan serta jenis-jenis garisan yang perlu diketahui. Penglibatan saya ke dalam PIK juga membongkar cara baru saya melukis iaitu penggunaan tablet lukisan untuk menghasilkan lukisan secara digital. Justeru itu, kemahiran melukis saya meningkat ke tahap yang tidak disangka.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PEDi banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PEDi, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Belantik sebagai salah satu cawangan PIK yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Keusahawanan

Noraini Binti Abdullah
Keusahawanan

Umur:
29 Tahun

FB:
Noraini Abdullah

Keahlian PEDi:
2017

Bentuk Perniagaan:
Jurujual pakaian online di Facebook.

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Noraini bekerja dari rumah sebagai jurujual pakaian online di Facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan beliau daripada perniagaan online tersebut adalah sebanyak 400-500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, beliau kini telah berjaya untuk memasarkan produk online tersebut dengan lebih sistematik melalui facebook & Whatsapp dan jumlah pendapatan meningkat kepada 700-800 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara memasarkan produk online.
- Mempelajari Ms. Office untuk memudahkan pengiraan pengeluaran stok, untung rugi.

Maklumbalas:
Dengan adanya kelas di kampung ini, saya dapat mempelajari ilmu dalam Microsoft Office dan sekarang telah dapat meningkatkan jumlah pendapatan saya dan pengurusan stok. Saya juga telah memasarkan produk di dalam aplikasi whatsapp dan pengurusan PEDi telah banyak membantu saya.