SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: CAMPURAN PEMASARAN(SAMBUNGAN)

Aktiviti terkini | 7 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Belantik

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Belantik di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan campuran pemasaran. Pada kali ini, ia adalah sambungan daripada sesi siaran langsung bulan lepas dimana lebih memfokuskan kepada elemen harga, promosi dan tempat. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan keberhasilan pemasaran sesuatu produk yang dikeluarkan oleh usahawan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai campuran pemasaran secara umum
• Memberikan maklumat berkenaan cara meletakkan harga terhadap produk yang dikeluarkan
• Membantu usahawan supaya lebih peka terhadap elemen yang perlu dititikberatkan bagi mencapai kejayaan
• Mengenalpasti setiap elemen dengan lebih mendalam


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sesi siaran langsung adalah perkongsian yang lebih terperinci berkenaan mengenai 4 komponent campuran pemasaran iaitu produk, harga, tempat dan promosi.
Turut dihuraikan satu per satu berkenaan elemen dalam campuran pemasaran sepanjang sesi siaran langsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan yang baru berniaga mahupun usahawan sedia ada dalam industri mendapat pengetahuan yang jelas berkenaan campuran usahawan.
• Mengetahui elemen campuran pemasaran dan mempraktikkan ia dalam perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :