SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: CAMPURAN PEMASARAN

Aktiviti terkini | 12 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Belantik

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PEDi Belantik di mana pihak PEDi berkongsi berkenaan campuran pemasaran. Ia merupakan elemen penting dalam memastikan keberhasilan pemasaran sesuatu produk yang dikeluarkan oleh usahawan.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai campuran pemasaran secara umum
• Memberikan maklumat berkenaan cara meletakkan harga terhadap produk yang dikeluarkan
• Membantu usahawan supaya lebih peka terhadap elemen yang perlu dititikberatkan bagi mencapai kejayaan
• Mengenalpasti trend pemasaran produk


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sesi siaran langsung adalah perkongsian umum berkenaan apa itu campuran pemasaran yang mana ia merangkumi 4 aspek iaitu produk, harga, tempat dan promosi. Turut dihuraikan satu per satu berkenaan elemen dalam campuran pemasaran sepanjang sesi siaran langsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu usahawan yang baru berniaga mahupun usahawan sedia ada dalam industri mendapat pengetahuan yang jelas berkenaan campuran usahawan.
• Mengetahui elemen campuran pemasaran dan mempraktikkan ia dalam perniagaan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :