SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: PENIPUAN KEWANGAN

Aktiviti terkini | 3 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Belantik

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Belantik di mana pihak PIK berkongsi berkenaan salah satu topik Klik Dengan Bijak iaitu penipuan kewangan yang melibatkan Macau Scam dan juga Penggubalan Wang Haram.


Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai penipuan kewangan yang acap kali berlaku melibatkan masyarakat di Malaysia.
• Memberikan maklumat berkenaan modus operandi Macau Scam
• Membantu komuniti lebih peka akan Macau Scam dan menghindari agar tidak menjadi mangsa


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sesi siaran langsung adalah perkongsian umum berkenaan apa itu penipuan kewangan. Seterusnya PIK Belantik telah memberi pendedahan berkenaan Macau Scam yang mana ia merupakan sindiket penipuan kewangan yang sedang berleluasa di ketika ini. Selain itu, turut diberikan maklumat adalah berkenaan dengan aktiviti penggubalan wang haram.


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan masyarakat lebih peka dan berhati-hati apabila dijadikan sebagai sasaran dan mengelakkan daripada menjadi mangsa agar terhindar daripada sebarang kerugian yang melibatkan wang ringgit
• Mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :