SIARAN LANGSUNG DI FACEBOOK: JARINGAN PRIHATIN

Aktiviti terkini | 19 September 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Belantik

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui “Facebook Page” PIK Belantik di mana pihak PIK berkongsi berkenaan pakej Jaringan Prihatin iaitu salah satu program bantuan yang diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021.


Tujuan :
• Memberi pengetahuan kepada komuniti mengenai program yang dilancarkan oleh kerajaan
• Menggalakkan komuniti mengambil peluang akan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan
• Mempromosikan pakej Jaringan Prihatin yang ditawarkan oleh pihak Digi


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Antara aktiviti yang diadakan sepanjang sesi siaran langsung adalah perkongsian umum berkenaan apa itu jaringan prihatin. Seterusnya PIK Belantik telah membuat perkongsian berkenaan Jaringan Prihatin yang ditawarkan oleh pihak Digi dan mempromosikan Jaringan Prihatin Digi.


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan masyarakat membuat penebusan pakej Jaringan Prihatin serta memanfaatkan setiap program yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2021.
• Mengetahui kelebihan yang ditawarkan oleh pihak Digi melalui pakej penebusan Jaringan Prihatin


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :