SIARAN LANGSUNG FACEBOOK: PERKONGSIAN TENTANG BAHAYA GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

Aktiviti terkini | 14 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Media Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Belantik

Ringkasan Aktiviti :
PEDI Belantik Berkongsi kepada komuniti tentang bahaya gangguan seksual di tempat kerja. Ganguan Seksual sering berlaku di Malaysia tetapi masih ramai yang mengambil langkah untuk berdiam diri kerana takut dengan ancaman daripada mangsa dan faktor lain. Setiap organisasi juga perlu prihatin dengan masalah gangguan seksual dan memandang serius jika ada kalangan pekerja yang terlibat...


Tujuan :
• Berkongsi kepada orang awam tentang ciri-ciri gangguan seksual di tempat kerja.
• Berkongsi cara mengatasi gangguan seksual ditempat kerja.
• Berkongsi tentang kesan ganguan seksual yang akan dihadapi oleh mangsa dan pemangsa.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memperkenal kepada komuniti dan orang awam tentang bahaya ganguan seksual di tempat kerja sekiranya mereka membiarkan sahaja masalah ini terus berlaku.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada orang awam supaya mengelakkan diri dari menjadi mangsa gangguan seksual dan membuat laporan sekiranya mereka merupakan salah seorang daripada mangsa.
• Mendidik orang awam tentang bentuk gangguan seksual sama ada secara lisan,isyarat, visual,psikologi dan secara fizikal.
• Memberitahu komuniti cara membuat aduan di saluran-saluran yang betul.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :