HARI KOMUNITI BELANTIK

Aktiviti terkini | 16 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Belantik

Nama VIP :
• YB Ustaz Tarmizi
• YB Dato’ Tajudin

Ringkasan Aktiviti :
Julung kalinya PEDi Belantik dengan kerjasama JPKK Kg Belantik serta Jabatan Penerangan menganjurkan Hari Komuniti Belantik. Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang hari tersebut antaranya pameran dari Agensi Antidadah Kebangsaan, Perpustakaan Desa, KOSPEN dan Ar-Rahnu. Turut sertai adalah perkhidmatan daripada JPJ dan juga Tabung Haji. Aktiviti sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan lagi Hari Komuniti Belantik.

Tujuan :
• Mengeratkan hubungan baik antara PEDi dan komuniti setempat
• Membantu komuniti mendapatkan perkhidmatan daripada agensi luar dengan mudah
• Membina hubungan erat bersama agensi
• Menambahkan bilangan ahli PEDi
• Mempromosikan PEDi kepada komuniti setempat

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Melaksanakan pelbagai aktiviti sukaneka dan ICT serta pameran dan perkhidmatan daripada pelbagai agensi.

Kelebihan Aktiviti :
• Menghebahkan kepada umum perkhidmatan daripada PEDi.
• Membantu komuniti mendapatkan perkhidmatan daripada agensi.
• Membina hubungan baik antara PEDi dan komuniti.
• Meningkatkan bilangan ahli PEDi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :