Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)-Fasa 1

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2017

Memberi pendedah tentang kegunaan portal dan aplikasi yang baru dibangunkan khas untuk sector pertanian... baca selanjutnya

Advokasi Klik Dengan Bijakm

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat dan pendedahan berkenaan modul Klik Dengan Bijak, online grooming dan buli siber kepada pengunjung PI... baca selanjutnya

Hari Bertemu Pelanggan di Mini RTC Sungai Semiar

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti sekitar dan memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti dan kesedaran kempen E-Waste... baca selanjutnya

Program Bengkel Printer 3D

Aktiviti Terkini | 6 - 7 Oktober 2017

Dapat memberi penerangan dan pendedahan kepada komuniti dan staff PI mengenai printer 3D... baca selanjutnya

Hari Perasmian Pusat Internet Belantik, Kedah

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Program ini diadakan bertujuan untuk merasmikan serta mempromosikan PI Belantik selain dapat mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti Belantik di samping menerangkan dan mendedahkan mengenai fungsi sebenar Pusat Internet Belantik kepada penduduk kampung... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasin Untuk Calon UPSR

Aktiviti Terkini | 8 September 2017

Untuk memohon keberkatan dan restu daripada para waris dan Allah SWT supaya dipermudahkan urusan peperiksaan UPSR... baca selanjutnya

Indoor Games & Kuiz Kemerdekaan Digital

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2017

Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi melalui medium permainan indoor. Selain itu... baca selanjutnya

Hari Bersama Komuniti Kampung Tala

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2017

Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti sekitar Kg Tala dan memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti... baca selanjutnya

KDB di Karnival Jualan Produk Muslim

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti sekitar dan memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti dan kesedaran kempen E-Waste... baca selanjutnya

#GreenFingerProject

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2017

Aktiviti seperti ini amat bagus dalam memastikan PI kekal bersih dan bebas daripada haiwan berbisa... baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya PI Belantik

Aktiviti Terkini | 8 Julai 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan sambutan hari raya aidilfitri bersama-sama pengunjung PI... baca selanjutnya

Pertandingan Mereka Kad Raya & Advokasi

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Menggalakkan peserta menggunakan kreaviti mereka untuk menghasilkan kad raya. Di samping, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepentingan untuk klik dengan bijak kepada para peserta... baca selanjutnya

Word Search (Back to School)

Aktiviti Terkini | 6 Jun 2017

Menguji para peserta untuk mencari perkataan yang tersembunyi yang bertemakan Kembali Ke Sekolah(Back to School)... baca selanjutnya

Karnival OKU “POKUS Bersama Ahli Parlimen Sik”

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada golongan sasaran- OKU, ibu bapa dan guru-guru... baca selanjutnya

Program Bakti Siswa Bersama UUM

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2017

Tujuan program ini adalah untuk memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti... baca selanjutnya

Hari Lanskap Negara 2017 Bersama Majlis Daerah Sik

Aktiviti Terkini | 2 April 2017

Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti sekitar dan memberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak kepada komuniti... baca selanjutnya

Promosi PI Di Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Sik

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2017

Program ini bertujuan memperkenalkan PI Belantik kepada ahli Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Sik sekali gus untuk menggalakkan ahli kelab untuk mendaftar sebagai ahli dan usahawan di bawah PI Belantik... baca selanjutnya

Mini Karnival Kesihatan, Pendidikan dan Usahawan

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2017

Taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak dan permainan permainan untuk pengunjung karnival... baca selanjutnya

KDB Bersama Kem Aspirasi(Jabatan Penerangan Pulau Pinang)

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2017

Taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak dan permainan permainan untuk peserta program... baca selanjutnya

Promosi PI Di Bengkel Ketua Pusat Amanah Ikhtiar Cawangan Sik

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2017

Program ini bertujuan memperkenalkan PI Belantik kepada sahabat amanah ikhtiar sekali gus untuk menggalakkan para sahabat amanah ikhtiar untuk mendaftar sebagai ahli dan usahawan di bawah PI Belantik... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI ini ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet Belantik seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan.baca selanjutnya