Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kampung Belantik Luar ialah salah sebuah kampung yang berada di dalam kawasan Mukim Sok Daerah Sik. Jarak PI1M Belantik dari Pekan Sik ialah kira-kira 30 kilometer.

Asal usul nama Belantik diperoleh daripada nama sejenis perangkap harimau yang digunakan untuk memerangkap haiwan tersebut. Tidak lama dahulu, terdapat banyak harimau berkeliaran di kawasan Kampung Belantik. Penduduk kampung merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran sang belang lalu mebuat keputusan untuk memasang perangkap harimau tersebut. Maka, kampung ini telah dinamakan sempena perangkap yang telah digunakan.

Sik merupakan sebuah kawasan yang masih lagi terpelihara flora dan fauna. Daerah ini masih lagi mempunyai kawasan hutan lipur dan hutan rekreasi yang banyak dan masih terpelihara.

Selain daripada itu, daerah ini juga telah dijadikan sebuah "kawasan agro-pelancongan oleh Kerajaan Negeri Kedah". Antara destinasi pelancongan menarik yang terdapat di sekitar daerah Sik ialah seperti Lata Mengkuang, Lata Embun, Lata Lembu Emas, Tasik Beris, Empangan Muda, Empangan Gubir dan Hutan Simpan Ulu Muda.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


FACEBOOK LIVE: KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 11, 19, 20 DISEMBER 2020

Membantu mempromosikan produk usahawan sekitar....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE

Aktiviti Terkini | 13 & 20 NOVEMBER 2020

Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi...baca selanjutnya

KELAS MICROBIT

Aktiviti Terkini | 1-2,8-9,15-16,22-23,29-30 Oktober 2020

Kelas microbit di Pusat Internet Belantik adalah merupakan satu kelas berdasarkan subjek bagi mata pelajaran Rekan Bentuk dan Teknologi bagi pelajar sekolah rendah....baca selanjutnya

BICARA KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 & 18 September 2020

Meningkatkan pengetahuan berkenaan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2020 YANG KE-63 (MALAYSIA PRIHATIN)

Aktiviti Terkini | 1-31 Ogos 2020

Memupuk semangat cinta akan negara....baca selanjutnya

TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2020

Memupuk kesedaran mengenai punca kebakaran...baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini |10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI WANITA 2020

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2020

Memupuk semangat mencintai dan menghargai wanita...baca selanjutnya

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN MESYUARAT AJK 2020

Aktiviti Terkini |15 Februari 2020

Mengeratkan hubungan baik sesama ahli dalam komuniti termasuk ibu bapa dan organisasi setempat....baca selanjutnya

GOTONG- ROYONG PERANGIN SIK 1.0

Aktiviti Terkini |15 Februari 2020

Memperindahkan alam sekitar...baca selanjutnya

KELAS ICT DAN AKTIVITI KDB

Aktiviti Terkini |3/10/17/24 Januari 2020

Meningkatkan bilangan ahli dan penggunaan ahli di pusat internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti